Ramai orang teruja nak beli rumah, tapi terlupa satu perkara paling asas iaitu layak ke tidak buat pinjaman rumah? Kadang-kadang kita rasa “gaji dah ok”, “komitmen tak banyak”, tapi bila mohon loan… terus kena reject. Sakitnya tu di sini!
Jadi, mari kita fahamkan apa itu kelayakan pinjaman perumahan, kenapa ia penting, dan macam mana nak bersedia lebih awal sebelum masuk fasa beli rumah.
Apa Maksud Kelayakan Pinjaman?
Secara ringkas, kelayakan pinjaman merujuk kepada kemampuan kewangan kita untuk membayar balik pinjaman perumahan yang dipohon daripada bank atau institusi kewangan.
Pihak bank akan tengok sama ada kita layak atau tidak untuk:
- Jumlah pinjaman yang diminta
- Tempoh bayaran yang sesuai
- Kadar faedah dan komitmen bulanan
Kalau tak lepas, bank akan:
- Kurangkan jumlah loan
- Minta penjamin
- Atau paling teruk – tolak permohonan loan terus
Kenapa Penting Untuk Tahu Awal?
Banyak kes pemohon yang dah bayar booking, dah jatuh cinta dengan rumah tu… tapi loan tak lepas. Akhirnya, burn duit/refund dan kecewa.
Dengan tahu kelayakan lebih awal, anda boleh:
✅ Fokus cari rumah ikut bajet sebenar
✅ Elak buang masa dan duit bayar booking rumah yang tak mampu
✅ Boleh baiki CCRIS/CTOS kalau ada masalah
✅ Rancang strategi pinjaman (bersama pasangan atau guna nama kedua)
Apa Yang Bank Tengok Bila Nilai Kelayakan?
Bank tak tengok gaji semata-mata. Mereka ada beberapa aspek yang jadi penilaian utama:
- Gaji & Pendapatan Tetap
- Lagi stabil pendapatan (contoh: kerja tetap), lagi mudah lepas.
- Komitmen Sedia Ada
- Termasuk hutang kereta, personal loan, kad kredit, PTPTN, dan lain-lain.
- Kalau komitmen tinggi, loan boleh susah lepas walaupun gaji besar.
- Skor Kredit (CCRIS & CTOS)
- Bayar pinjaman on time atau tak?
- Ada sebarang tunggakan atau status ‘special attention account’?
- Debt Service Ratio (DSR)
- Ringkasnya, berapa % dari pendapatan anda digunakan untuk bayar hutang.
- Biasanya bank benarkan antara 60% – 70% bergantung kepada profil dan jenis bank.
Contoh Situasi Kelayakan Pinjaman (Guna NDI & DSR)
Bayangkan anda ada gaji bersih RM3,000 setiap bulan. Bank tak kira semuanya sebagai “duit boleh guna”, jadi mereka akan kira dulu NDI (Net Disposable Income) — iaitu baki selepas tolak komitmen sedia ada.
Contohnya:
- Komitmen kereta: RM450
- PTPTN: RM150
- Kad kredit (anggaran minimum): RM60
Jumlah komitmen = RM660
Jadi baki duit yang betul-betul “boleh guna” untuk bayar hutang baru ialah:
NDI = RM3,000 – RM660 = RM2,340
Tapi… walaupun ada RM2,340 baki, bukan semua tu boleh digunakan untuk ansuran rumah. Di sinilah bank akan tengok DSR (Debt Service Ratio), iaitu peratus maksimum hutang yang mereka benarkan.
Katakan bank yang anda pergi benarkan DSR 65%.
65% daripada gaji bersih RM3,000 = RM1,950 (anggaran)
Ini bermaksud jumlah hutang anda + ansuran rumah baru tak boleh melebihi RM1,950.
Sekarang kira semula:
- Hutang sedia ada RM660
- Maksimum yang bank benarkan RM1,950
Baki untuk ansuran rumah = RM1,950 – RM660 = RM1,290
Dan ini memberi gambaran:
Anda hanya layak beli rumah dengan ansuran sekitar RM1,290 sebulan.
(Anggaran harga rumah lebih kurang RM250k–RM280k bergantung kadar faedah & tempoh.)
Kalau rumah yang anda nak beli perlukan ansuran RM1,700, bank akan terus reject sebab ia melanggar had DSR.
Ini kenapa kelayakan pinjaman kena semak awal.
Kadang gaji ok… tapi komitmen makan ruang DSR, terus jadi tak layak.
Strategi Kalau Loan Susah Lulus
Kalau rasa tak layak atau ada masalah nak lepas loan, jangan putus asa. Anda boleh cuba beberapa cara ini:
🔸 Tambah pendapatan sampingan
🔸 Bayar habis komitmen kecil (contoh: personal loan atau kad kredit)
🔸 Beli rumah bersama pasangan/family (joint loan)
🔸 Cari rumah harga lebih rendah
🔸 Pilih bank lain – setiap bank ada kriteria berbeza
Boleh Semak Sendiri Kelayakan?
Ya, sekarang dah banyak cara untuk semak kelayakan secara percuma:
- Gunakan kalkulator loan online
- Tanya ejen hartanah profesional (macam saya 😉)
- Jumpa terus pegawai bank
- Gunakan perkhidmatan Loan Eligibility Checker yang disediakan syarikat hartanah
Penutup: Jangan Tergesa-Gesa Beli Rumah
Kesimpulannya, kelayakan pinjaman adalah kunci utama sebelum mula beli rumah. Kalau tak tahu awal-awal, anda akan banyak rugi masa, tenaga dan mungkin duit.
Pastikan anda:
✅ Semak kelayakan terlebih dahulu
✅ Baiki rekod kewangan jika perlu
✅ Pilih rumah ikut bajet sebenar
✅ Dapatkan bantuan ejen hartanah berpengalaman
Nak saya semak kelayakan pinjaman anda secara PERCUMA? Klik link WhatsApp. Saya bantu anda dari A sampai Z, siap cadang rumah ikut kemampuan.
📞 Zulhilmi: 011-2751 6515
𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐥𝐦𝐢 – 𝐏𝐄𝐀 𝟒𝟏𝟐𝟖
𝐋𝐞𝐠𝐚𝐜𝐲 𝐑𝐞𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐭𝐲 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝.
📧 Email: zulhilmi14.abdhalim@gmail.com