EJEN HARTANAH NEGERI SEMBILAN
Zulhilmi Abdul Halim
Perunding Hartanah Berdaftar (PEA 4128)
Hai dan selamat datang! Saya Zulhilmi Abdul Halim, seorang ejen hartanah berdaftar yang berdedikasi untuk membantu anda dalam setiap langkah urusan jual beli hartanah. Dengan pengalaman sejak 2022, saya telah berjaya membantu lebih daripada 70+ klien menyelesaikan proses pindah milik hartanah mereka dengan mudah, telus, dan yang paling penting, selamat.
Sebagai seorang ejen hartanah di Malaysia, keutamaan saya adalah memastikan semua urusan klien berjalan lancar tanpa tekanan atau kebimbangan. Sama ada anda seorang penjual yang ingin mendapatkan pembeli yang sesuai, atau pembeli yang mencari hartanah idaman, saya sedia membantu anda dari awal hingga akhir.
Sebagai ejen hartanah berdaftar di Negeri Sembilan,
Fokus utama saya adalah di kawasan Seremban, Senawang, Paroi, Ampangan, Sikamat, Rasah Jaya, Seremban 2, Gadong Jaya, Nilai, Pajam dan Mantin.
Saya memahami potensi pasaran hartanah Negeri Sembilan yang semakin berkembang, dan saya berusaha memberikan khidmat terbaik kepada mereka yang ingin membeli, menjual, atau melabur di kawasan ini. Selain itu, saya juga menerima klien dari Selangor dan Melaka.
Apa yang membuatkan saya berbeza sebagai seorang ejen hartanah? Saya percaya pada kejujuran, ketelusan, dan memberikan perkhidmatan yang mesra kepada setiap klien. Saya pastikan semua proses jual beli hartanah berjalan dengan lancar dan mudah difahami, supaya anda boleh membuat keputusan yang bijak dan yakin. Selain itu, saya dikenali kerana sikap saya yang responsif, saya sentiasa bersedia untuk menjawab soalan, memberikan panduan, dan membantu menyelesaikan cabaran yang timbul.
Visi saya sebagai seorang ejen hartanah adalah untuk membantu lebih ramai pemilik hartanah dan pembeli mencapai impian mereka tanpa sebarang kebimbangan. Saya faham betapa pentingnya keputusan jual beli hartanah dalam hidup seseorang, sebab itulah saya berusaha untuk memastikan pengalaman ini menjadi mudah, menyenangkan, dan selamat untuk anda.
Jadi, jika anda mencari ejen hartanah berdaftar yang boleh dipercayai untuk membantu anda menjual atau membeli hartanah, anda berada di tempat yang betul. Hubungi saya hari ini, dan mari kita mulakan perjalanan anda dengan langkah yang terbaik! 😊
Senarai Hartanah Terkini
Semak senarai hartanah terkini yang kami sediakan ini. Kami telah menjual lebih daripada 1000 unit dan masih aktif sehingga kini.
ENDLOT FACING OPEN TERES 1 TINGKAT, TAMAN PERMAI IMPIAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Mencari rumah untuk dijual di Seremban yang mempunyai tanah…
RM270,000
Renovated Facing Open Teres 2 Tingkat Taman Sri Aman Lukut, Port Dickson
🏡Taman Sri Aman, Lukut – RM399K (Nego)! Mencari rumah…
RM399,000
(SOLD) Renovated Teres 1 Tingkat Taman Vista Jaya, Port Dickson
🏡 Rumah Teres Taman Vista Jaya, Lukut – Harga…
RM200,000
Mahukan Hartanah Anda Terjual Pada Harga Terbaik?
Selama 8 Tahun penglibatan saya sebagai Ejen Hartanah, saya telah membantu lebih kurang 400 penjual rumah untuk mencari pembeli untuk rumah mereka.
Berdaftar Dengan LPPEH
Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar adalah satu kerjaya yang Professional dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan EjenHarta Tanah (LPPEH). Gerak kerja saya mematuhi lunas undang-undang demi menjaga kepentingan pemilik dan pembeli.
Berpengalaman
Berpengalaman sekitar 5 tahun sebagai Perunding / Ejen Hartanah Berdaftar. Mahir dalam beberapa medium pengiklanan hartanah. Segala urusan jual beli atau sewa hartanah akan berjalan dengan lancar dan yang penting selamat.
Professional
Berurusan secara professional dan memastikan setiap proses jual beli berjalan dengan lancar.
Mempunyai TEAM Yang Mantap
Mempunyai pasukan seramai lebih 100 orang ejen yang komited bersama-sama memastikan hartanah anda terjual dengan pantas.
Menjimatkan Masa
Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk berurusan dengan ramai pihak dalam urusan jual, beli atau sewa hartanah. Saya akan urusan jual beli di antara pembeli, bank dan peguam dengan efektif.
Servis Cekap & Pantas
Dengan pengalaman 5 tahun. Saya mempunyai track record yang terbaik dan telah membantu ramai klien individu & korporat.





